*Sila baca terma & syarat terlebih dahulu. :)

2011/11/15

Bersama kita Jejaki Bumi Beijing



Kami, 'Bunyamin Beijing' merupakan pelajar Beijing Foreign Studies University (BFSU) menyediakan perkhidmatan melancong untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk datang melancong ke Beijing, China.

Kami punya sebab dan alasan untuk anda bersama kami di ibu kota bersejarah ini dan tidak teragak-agak untuk bersama kami malah untuk dikongsikan bersama orang lain.

Antara sebab utama :

1. Kami fasih berbahasa Mandarin setelah menuntut di sini selama lebih 2 tahun.
 * Kami merupakan pelajar Beijing Foreign Studies University.

2. Kami mudah mesra serta peramah yang membolehkan perjalanan di Beijing lebih menceriakan dan bermakna. 

3. Kami cuba sedaya upaya mengenakan caj yang berpatutan.

4. Pakej yang disediakan masih lagi boleh dibincang kerana jadual kami agak fleksibel.

5. Penerangan mengenai setiap tempat yang dilawati akan disediakan.
 * Kami juga diberi pendedahan melalui kelas-kelas pengenalan budaya dan bahasa.

Yang pasti, kami boleh menjadi penghibur anda semasa anda di sini dikelilingi keindahan serta keunikan bandar Beijing. 

Bertachi di waktu petang,
Selesai sudah menikmati mee,
Kami di Beijing mengucapkan selamat datang,
Mengalukan sekalian alam bercuti bersama kami.

--- Jumpa kami di Beijing ---




- Peta Ringkas Bandar Beijing -

0 Tapak Kaki:

コメントを投稿