*Sila baca terma & syarat terlebih dahulu. :)

2011/11/29



Rasailah pengalaman melancong ke kota metropolis Beijing yang masih segar sejarah dan budayanya.
Tempat-tempat:
1.       
       BADALING GREAT WALL
Anda boleh menyaksikan keindahan,kemegahan,kekuatan tembok besar china yang merupakan salah satu daripada keajaiban dunia.merasai sendiri jerit perih rakyat tiongkok pada zaman dinasti ming dan qing yang membina tembok besar China.

2.       TIANMEN SQUARE
Nama Dataran Tianmen ini bermaksud pintu damai syurga.Dataran Bandar  terbesar di dunia ini juga merupakan lambang kebudayaan dan lokasi yang banyak mencatat sejarah penting terutamanya peristiwa Bantahan Dataran Tiananmen 1989 oleh kumpulan pelajar, cendekiawan dan aktivis buruh pada 15 April hingga 4 Jun 1989.Di sekitar dataran itu terdapat Tugu Wira Rakyat yang dibina pada 1958,Dewan Besar Rakyat dan Muzium Kebangsaan China yang menempatkan barangan sejarah Negara.

3.       KOTA LARANGAN ATAU FORBIDDEN CITY(IMPERIAL PALACE MUSEUM)
Merupakan istana rasmi Maharaja China pada zaman Dinasti Ming dan Qing.Kita dapat saksikan keunikan dan kemegahan seni bina istana yang menjadi kediaman rasmi 24 Maharaja dan keluarganya.


4.       QIANMEN
Anda dapat melihat keunikan binaan bangunan-bangunan lama sepanjang laluan Qianmen Street.deretan-deretan kedai yang berunsurkan binaan dan ukiran tradisional cina akan memukau sesiapa sahaja yang berkunjung terutamanya pemandangan malam.

5.       SUMMER PALACE(ISTANA MUSIM PANAS)
Melihat keindahan Istana persinggahan  Maharaja pada zaman dinasti Qing yang juga disebut taman agung terbesar dan terbaik dipelihara di dunia.Taman yang disebut ‘’yiheyuan’’ dalam bahasa China ini mempamerkan keindahan landskap dan seni bina yang mengkagumkan.

6.       NIUJIE
Berkunjung ke masjid tertua dan terbesar di Beijing ini mempamerkan campuran senibina arab dan cina.Kawasan yang dinamakan Niujie iaitu ‘’jalan lembu’’ ini juga merupakan pusat komuniti kaum islam terbesar di Beijing.Kawasan sekitarnya terdapat banyak restoren halal dan kedai yang menjual pelbagai barang etnik islam di China.Anda juga boleh menikmati Peking Duck yang halal di sini.

7.       BIRD’S NEST(OLYMPIC STADIUM)
Stadium National Beijing  juga dikenali sebagai Stadium Sarang Burung.Digunakan sebagai majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008.Ia terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.Reka bentuknya yang sangat unik boleh menarik minat setiap pengunjung terutamanya pada waktu malam. Stadium ini diterangi lampu berwarna-warni.

8.       TEMPLE OF HEAVEN
Adalah kuil yang sangat ternama di kota Beijing. Kuil yang berada di Tenggara kota Beijing  ini merupakan salah satu tempat bersejarah yang terdaftar sebagai Harta Bersejarah Dunia UNESCO.

9.       WANGFUJING
Menyusuri laluan Wangfujing Street yang dipenuhi kedai berjenama antarabangsa dan  kedai jenama China yang terkenal di sini.Terdapat juga Food Street yang menjual pelbagai jenis makanan cina serta makanan eksotik yang pastinya mengiurkan selera anda.

10.   HOUHAI
Pengunjung boleh bersiar-siart disekitar kawasan Houhai dengan menaiki basikal atau beca sambil  menikmati keindahan tasik Houhai terutamanya pada waktu malam  dan lorong-lorong kecil yang mempunyai rumah-rumah tradisional Beijing.


11.   TEMPAT MEMBELI-BELAH

Yashow Market Shopping Beijing
terletak di Chaoyang District,ia merupakan bazaar pakaian dan cenderahati.Barang-barang berjenama yang tidak original(best copy’s stuff)  boleh didapatkan di sini.

Hongqiao Shopping Market
Adalah satu pusat beli-belah terkenal di Beijing dimana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia.Contoh,batu jed,mutiara,lukisan-lukisan cina,sutera cina, dan sebagainya.Tawar-menawar amat digalakkan di sini.
* alas meja ,cadar,sarung kotak tisu dan beg kain(kenduri) amat murah di sini

Silk Street Market Shopping
juga dikenali sebagai ‘’xiushui Market’’.Barang-barang berjenama yang tidak original boleh didapatkan dengan harga yang rendah.Kain sutera yang pelbagai corak dan berwarna-warni juga boleh didapatkan disini.








read more "Ingin tahu cerita menarik tempat lawatan??"

Sebarang pertanyaan serta penempahan melalui:

Email  : bunyaminbeijing@yahoo.com

Blog    : kembarabeijing.blogspot.com

No.Tel : +8613691277556 (Fauzan)
             +8613691277553  (Syafiqah)
             +8613811527402  (Laili)


(Bunyamin Beijing)
read more "Hubungi Kami"

2011/11/28



Hari Pertama




  • Tiananmen Square
  • Forbidden City

  • Qianmen Street





Hari Kedua


  • China Great Wall(Badaling)

  • Bird Nest (Beijing National Stadium)

  • Beijing National Aquatics Center




Hari Ketiga



  • Masjid Niujie
  • Wangfujing Street




Hari Keempat



  • Istana Musim Panas(Summer Palace)
  • Temple of Heaven





Hari Kelima






  • The Pearl Market(Hongqiao)
  • Silk Street Market(Yonganli)
  • Solana
  • Beijing Hard Rock Cafe







NOTES:
*semua tempat akan guna public transport ( bus @subway)
*kecuali bagi kes tertentu boleh menggunakan taxi@van sewa

RM1000 (tidak termasuk makanan)

*Harga penuh akan diberitahu melalui emel


(China Architecture)
read more "Pakej B (5 Hari 4 Malam)"

2011/11/26


Hari Pertama


  • China Great Wall (Badaling)

  • Bird Nest (Beijing National Stadium)

  • Beijing National Aquatics Center





Hari Kedua



  • Tiananmen Square
  • Forbidden City
  • Qianmen Street
  • Wangfujing Street


Hari Ketiga



  • Istana Musim Panas(Summer Palace)
  • Temple of Heaven
  • The Pearl Market(Hongqiao)



Hari Keempat


  • Masjid Niujie
  • Silk Street Market(Yonganli)




NOTES:
*semua tempat akan menggunakan public transport( bus @subway)
*kecuali bagi kes tertentu(menggunakan taxi @ van sewa)


RM800 (tidak termasuk makanan)

*Harga penuh akan diberitahu melalui emel



(Beijing Opera)

read more "Pakej A (4 Hari 3 Malam)"

2011/11/15



Waktu percutian adalah:

Ø Cuti Musim Sejuk : 8 Januari - 27 Februari

Ø Cuti Musim Panas : 1 Julai - 1 September

*Kami memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan perkhidmatan pada waktu yang lain kerana kepadatan jadual kuliah kami memandangkan kami masih sedang belajar.



Ø Harga termasuk :  1. Penginapan
                               2. Pengangkutan
                               3. Tiket  masuk 

Ø Harga tidak termasuk :  1. Tiket penerbangan
                                        2. Visa
                                         * Urusan Visa dan tiket penerbangan hendaklah diuruskan sendiri sebelum                    
                                            bertolak ke beijing .



Ø Kami menyediakan tempat penginapan yang selesa berserta harga yang berpatutan.


Ø Memaklumkan lebih awal mengenai percutian yang bakal disertai.
*segala makluman dan butiran penerbangan perlulah dimaklumkan @ di emelkan terlebih dahulu kepada kami (bunyaminbeijing@yahoo.com).


Ø Bayaran pakej perlulah dilaksanakan setibanya di Beijing.
*Ini memudahkan kami melakukan pembayaran penginapan dan lain-lain.


Ø Kami menyediakan 2 pilihan pengangkutan:

1. Pengangkutan menjimatkan -  Kemudahan awam : 1. Bas
                                                                                   2. Subway


2. Pengangkutan berkos - 1. Teksi
                                        2. Tempahan van/bas sendiri

Sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi kami melalui emel : bunyaminbeijing@yahoo.com

read more "Terma dan Syarat"


Kami, 'Bunyamin Beijing' merupakan pelajar Beijing Foreign Studies University (BFSU) menyediakan perkhidmatan melancong untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk datang melancong ke Beijing, China.

Kami punya sebab dan alasan untuk anda bersama kami di ibu kota bersejarah ini dan tidak teragak-agak untuk bersama kami malah untuk dikongsikan bersama orang lain.

Antara sebab utama :

1. Kami fasih berbahasa Mandarin setelah menuntut di sini selama lebih 2 tahun.
 * Kami merupakan pelajar Beijing Foreign Studies University.

2. Kami mudah mesra serta peramah yang membolehkan perjalanan di Beijing lebih menceriakan dan bermakna. 

3. Kami cuba sedaya upaya mengenakan caj yang berpatutan.

4. Pakej yang disediakan masih lagi boleh dibincang kerana jadual kami agak fleksibel.

5. Penerangan mengenai setiap tempat yang dilawati akan disediakan.
 * Kami juga diberi pendedahan melalui kelas-kelas pengenalan budaya dan bahasa.

Yang pasti, kami boleh menjadi penghibur anda semasa anda di sini dikelilingi keindahan serta keunikan bandar Beijing. 

Bertachi di waktu petang,
Selesai sudah menikmati mee,
Kami di Beijing mengucapkan selamat datang,
Mengalukan sekalian alam bercuti bersama kami.

--- Jumpa kami di Beijing ---




- Peta Ringkas Bandar Beijing -
read more "Bersama kita Jejaki Bumi Beijing"

2011/11/12




北京 - Beijing - Kota utara.
Ibu kota China.
Metropolis di utara China.
Bandaraya kedua terbesar.
17 juta penduduk.
Kota bersejarah.
read more "Beijing"








Republik Rakyat China atau lebih dikenali sebagai China.
Penduduk melebihi 1,300 juta orang.
22 wilayah, 5 kawasan berautonomi, 4 perbandaran tadbir langsung, 2 kawasan pentadbiran khas.
read more "China"