*Sila baca terma & syarat terlebih dahulu. :)

2011/11/29

Ingin tahu cerita menarik tempat lawatan??



Rasailah pengalaman melancong ke kota metropolis Beijing yang masih segar sejarah dan budayanya.
Tempat-tempat:
1.       
       BADALING GREAT WALL
Anda boleh menyaksikan keindahan,kemegahan,kekuatan tembok besar china yang merupakan salah satu daripada keajaiban dunia.merasai sendiri jerit perih rakyat tiongkok pada zaman dinasti ming dan qing yang membina tembok besar China.

2.       TIANMEN SQUARE
Nama Dataran Tianmen ini bermaksud pintu damai syurga.Dataran Bandar  terbesar di dunia ini juga merupakan lambang kebudayaan dan lokasi yang banyak mencatat sejarah penting terutamanya peristiwa Bantahan Dataran Tiananmen 1989 oleh kumpulan pelajar, cendekiawan dan aktivis buruh pada 15 April hingga 4 Jun 1989.Di sekitar dataran itu terdapat Tugu Wira Rakyat yang dibina pada 1958,Dewan Besar Rakyat dan Muzium Kebangsaan China yang menempatkan barangan sejarah Negara.

3.       KOTA LARANGAN ATAU FORBIDDEN CITY(IMPERIAL PALACE MUSEUM)
Merupakan istana rasmi Maharaja China pada zaman Dinasti Ming dan Qing.Kita dapat saksikan keunikan dan kemegahan seni bina istana yang menjadi kediaman rasmi 24 Maharaja dan keluarganya.


4.       QIANMEN
Anda dapat melihat keunikan binaan bangunan-bangunan lama sepanjang laluan Qianmen Street.deretan-deretan kedai yang berunsurkan binaan dan ukiran tradisional cina akan memukau sesiapa sahaja yang berkunjung terutamanya pemandangan malam.

5.       SUMMER PALACE(ISTANA MUSIM PANAS)
Melihat keindahan Istana persinggahan  Maharaja pada zaman dinasti Qing yang juga disebut taman agung terbesar dan terbaik dipelihara di dunia.Taman yang disebut ‘’yiheyuan’’ dalam bahasa China ini mempamerkan keindahan landskap dan seni bina yang mengkagumkan.

6.       NIUJIE
Berkunjung ke masjid tertua dan terbesar di Beijing ini mempamerkan campuran senibina arab dan cina.Kawasan yang dinamakan Niujie iaitu ‘’jalan lembu’’ ini juga merupakan pusat komuniti kaum islam terbesar di Beijing.Kawasan sekitarnya terdapat banyak restoren halal dan kedai yang menjual pelbagai barang etnik islam di China.Anda juga boleh menikmati Peking Duck yang halal di sini.

7.       BIRD’S NEST(OLYMPIC STADIUM)
Stadium National Beijing  juga dikenali sebagai Stadium Sarang Burung.Digunakan sebagai majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008.Ia terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.Reka bentuknya yang sangat unik boleh menarik minat setiap pengunjung terutamanya pada waktu malam. Stadium ini diterangi lampu berwarna-warni.

8.       TEMPLE OF HEAVEN
Adalah kuil yang sangat ternama di kota Beijing. Kuil yang berada di Tenggara kota Beijing  ini merupakan salah satu tempat bersejarah yang terdaftar sebagai Harta Bersejarah Dunia UNESCO.

9.       WANGFUJING
Menyusuri laluan Wangfujing Street yang dipenuhi kedai berjenama antarabangsa dan  kedai jenama China yang terkenal di sini.Terdapat juga Food Street yang menjual pelbagai jenis makanan cina serta makanan eksotik yang pastinya mengiurkan selera anda.

10.   HOUHAI
Pengunjung boleh bersiar-siart disekitar kawasan Houhai dengan menaiki basikal atau beca sambil  menikmati keindahan tasik Houhai terutamanya pada waktu malam  dan lorong-lorong kecil yang mempunyai rumah-rumah tradisional Beijing.


11.   TEMPAT MEMBELI-BELAH

Yashow Market Shopping Beijing
terletak di Chaoyang District,ia merupakan bazaar pakaian dan cenderahati.Barang-barang berjenama yang tidak original(best copy’s stuff)  boleh didapatkan di sini.

Hongqiao Shopping Market
Adalah satu pusat beli-belah terkenal di Beijing dimana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia.Contoh,batu jed,mutiara,lukisan-lukisan cina,sutera cina, dan sebagainya.Tawar-menawar amat digalakkan di sini.
* alas meja ,cadar,sarung kotak tisu dan beg kain(kenduri) amat murah di sini

Silk Street Market Shopping
juga dikenali sebagai ‘’xiushui Market’’.Barang-barang berjenama yang tidak original boleh didapatkan dengan harga yang rendah.Kain sutera yang pelbagai corak dan berwarna-warni juga boleh didapatkan disini.








0 Tapak Kaki:

コメントを投稿